fbpx

Tempat pelupusan mercun di Sentul meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video dikongsi pengguna media sosial.

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Sentul gempar selepas berlaku letupan mercun di sebuah tapak pelupusan di sini petang tadi.

Butiran kejadian masih tidak dapat dipastikan namun Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai mengesahkan ia berlaku di tapak pelupusan mercun.

Kejadian tersebut tular di media sosial apabila orang awam berkongsi beberapa keping gambar dan video memaparkan pengguna jalan raya memberhentikan kenderaan bagi melihat kejadian itu.

Di dalam beberapa video yang dikongsi itu turut kedengaran bunyi letupan mercun yang sangat kuat.

Tinjauan di media sosial mendapati, penduduk di sekitar kawasan itu juga mendakwa merasai gegaran susulan letupan kuat itu.

Terdahulu, di lokasi yang sama polis Sentul melupuskan sebanyak 1,059 kotak dan 35 guni mengandungi mercun serta bunga api bernilai RM4.1 juta yang diseludup masuk ke dalam negara untuk pasaran pada Aidilfitri hari ini.

Eng Lai berkata, rampasan itu dibuat Cawangan Perisikan Siasatan Khas Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dan Unit D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil serbuan di dua lokasi di Kepong, di sini, pada 24 Mac lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI