fbpx

Akshay Kumar menyesal jadi duta rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSHAY KUMAR

AKTOR terkenal Akshay Kumar mengaku sangat menyesal apabila menjadi duta dan terlibat dengan iklan mempromosikan sebuah jenama rokok beberapa tahun lalu.

Ujar pelakon berusia 54 tahun itu, iklan rokok itu yang ditayangkan dalam televisyen di India mendapat kritikan hebat daripada peminatnya kerana mempromosikan budaya tidak sihat.

“Saya dihentam dan dikritik dengan teruk sebelum sedar saya telah membuat keputusan yang salah,” katanya.

Selepas meminta maaf kepada peminatnya, Akshay yang merupakan suami kepada aktres Twinkle Khanna akhirnya menarik diri daripada menjadi duta bagi produk rokok tersebut.

Selain Akshay, iklan rokok berkenaan turut menampilkan dua lagi pelakon terkenal iaitu Shah Rukh Khan dan Ajay Devgn.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI