fbpx

RichWorks santuni golongan memerlukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kakitangan RichWorks menyantuni kanak-kanak autisme di Klang, baru-baru ini.

SHAH ALAM – RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) tidak ketinggalan mengimarahkan bulan Ramadan ini dengan menyalurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaannya, Radz Mohd., sekitar seminggu sebelum Ramadan, pihaknya melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell telah berjaya mengumpul lebih RM300,000.

“Ia hasil sumbangan daripada bangsa usahawan di bawah program permentoran Richworks iaitu Titanium, Spire dan EliteX termasuk mereka yang berada dalam komuniti kami,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Radz, pelbagai aktiviti amal dan kebajikan telah dijalankan termasuk memberi makan berbuka puasa di rumah orang tua, rumah penjagaan anak-anak yatim, maahad tahfiz, masjid serta rumah pelarian, malah mereka turut membersihkan kawasan kubur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI