fbpx

Ceti haram berselindung di sebalik syarikat pembinaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA individu yang diberkas selepas disyaki terlibat dalam sindiket ceti haram.

JOHOR BAHRU – Selama dua tahun sindiket pinjaman wang tanpa lesen menjalankan kegiatan tersebut dengan menggunakan taktik berselindung di sebalik syarikat pembinaan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Penyamaran sindiket itu tidak bertahan lama apabila ruang pejabat di Menara K1, Lorong 3, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur yang disewa untuk dijadikan pusat panggilan diserbu polis, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor, Senior Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, dalam serbuan pukul 12.30 pagi, pihaknya menahan enam lelaki tempatan berusia 24 hingga 31 tahun di lokasi kejadian.

“Sindiket menawarkan pinjaman kepada warga tempatan antara RM300 dan RM20,000 dengan faedah 10 hingga 30 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelbagai peralatan dirampas iaitu 23 telefon bimbit, 13 kad sim, sembilan kad ATM, 14 set borang perjanjian pinjaman, empat buku senarai nama peminjam dan mesin pencetak.

Enam suspek direman empat hari bermula semalam. Kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI