fbpx

Nama ditolak stesen TV, Johan As’ari pelik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHAN AS'ARI

BANGI – Pelakon Johan As’ari terkilan dengan tindakan sebuah stesen televisyen (TV) yang menolak namanya daripada membintangi sebuah drama tanpa sebarang alasan.

Kata pemilik nama lengkap Johan Ariff As’ari itu, dia tidak menyangka selepas lima tahun terawal dalam arena seni mendedikasikan masa dan tenaga demi komitmen terhadap beberapa penerbitan untuk saluran berkenaan, akhirnya dia disisihkan begitu sahaja.

“Sepatutnya saya membintangi sebuah drama, tetapi produksi menggantikan watak saya dengan pelakon lain selepas stesen TV menolak nama saya dan seorang lagi pelakon yang membawakan watak utama.

“Sudah tentu saya pelik sebab sebelum ini tiada masalah berbangkit pun sepanjang saya bekerja untuk beberapa naskah drama bagi tayangan di saluran TV yang sama.

“Lima tahun saya korbankan segalanya terutama masa bersama keluarga disebabkan mahu bagi tumpuan terhadap beberapa drama untuk stesen TV tersebut malah di set saya buat bersungguh-sungguh.

“Saya bukan baru setahun dua bekerja dalam bidang ini. Sejak 2012 lagi saya memperkukuhkan nama. Saya bersuara ini pun sebab tahu di luar sana ramai lagi pelakon seangkatan yang menghadapi nasib serupa.

“Apa pun, ingin saya tegaskan luahan ini bukan disebabkan wang, cuma saya kecewa pihak tersebut membuang dan menggugurkan nama pelakon dengan mudah, sedangkan rekod kerja kita baik sepanjang tempoh itu,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis amal Yayasan Maghfirah, baru-baru ini.

Sementara itu, Johan mengakui kini agak jarang muncul di kaca TV disebabkan lebih banyak memenuhi komitmen terhadap naskah untuk tayangan di layar perak.

Katanya, dia bukan tidak lagi aktif, sebaliknya berikutan fasa pandemik sebelum ini mengakibatkan ada beberapa filem lakonannya masih menunggu tarikh tayangan termasuk Mat Kilau dan Air Force. Malah dia berpeluang menjalani penggambaran di Gaza untuk filem Road To Heaven terbitan Artistic Islamic Media Content Sdn. Bhd. (AIMC).

“Sebenarnya saya teruja sebaik ditawarkan membintangi filem genre Islamik yang berlatarkan bumi Palestin. Bagai bermimpi diberi peluang untuk ke sana nanti.

“Jika tiada aral barisan produksi yang turut membabitkan Datin Seri Heliza Helmi dan adiknya, Hazwani akan menyambung kerja penggambaran selepas raya iaitu pada Jun depan.

“Kisahnya berkaitan keadaan sukarelawan Malaysia yang berkhidmat di sana melalui pelbagai cabaran selain turut diselitkan elemen setia kawan dan cinta tiga segi,” ujarnya.

Terdahulu, Johan yang pernah belajar di sekolah pondok di Jambi, Indonesia mula aktif di arena lakonan sejak tahun 2010 menerusi drama Janjiku Pada Al Walid siaran TV3. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI