fbpx

‘Mat Salih’ tular tidak pakai pelitup muka ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian tular di media sosial memaparkan lelaki warga Kanada memaki pengawal keselamatan di sebuah pasar raya, Jalan Ampang kelmarin.

KUALA LUMPUR – Polis telah menahan seorang lelaki warga Kanada yang tular didakwa tidak memakai pelitup muka termasuk memaki pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pasar raya, sekitar Jalan Ampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, individu tersebut telah hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju  pada pukul 8.30 malam tadi bagi memberikan keterangan.

“Kita menahan lelaki berusia 44 tahun yang bekerja dan menetap di negara ini untuk siasatan selanjutnya.

“Namun, lelaki berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan untuk dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk arahan lanjut,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes masih disiasat dibawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Peraturan 18 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

Sehubungan itu, jelas beliau, orang ramai dinasihatkan supaya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Orang ramai yang mempunyai maklumat dalam kejadian ini boleh tampil memberi maklumat atau menghubungi IPD Wangsa Maju ditalian 03-92899222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI