fbpx

Lelaki mabuk mengaku dirompak sebelum samun kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi suspek yang mengacukan senjata dan mengambil wang dari kaunter sebuah kedai serbaneka di Klang.

KLANG – Seorang lelaki mabuk sempat meminta sejumlah wang atas alasan dirinya telah dirompak sebelum melarikan RM233.15 dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Dato Yusuf Shahbudin 30 Taman Sentosa, dekat sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.08 tengah hari itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada seorang pekerja premis.

Insiden rompakan itu tular menerusi video berdurasi satu minit 33 saat yang dimuat naik di aplikasi TikTok.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian dikatakan berlaku apabila seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang merupakan penjaga kaunter kedai dan bekerja sendirian telah didatangi seorang suspek lelaki dalam keadaan mabuk.

Katanya, suspek yang memakai pelitup muka telah meminta wang dengan alasan dirinya dirompak namun pekerja itu memaklumkan kedai tersebut tidak mempunyai wang.

“Suspek tiba-tiba telah mengeluarkan senjata gergaji kecil dan acukan kepada mangsa.

“Bimbang diapa-apakan, mangsa telah membuka laci tempat simpanan wang sebelum suspek mengambil wang berjumlah RM235.15,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, tiada kesan kecederaan pada mangsa sepanjang berlakunya insiden itu.

Tambah Hoong Fong, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI