fbpx

Kempunan jual mercun, bunga api lebih setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan bersama mercun bernilai RM531,000 dalam dua operasi berasingan di Kempas dan Muar, semalam.

JOHOR BAHRU – Polis Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan empat individu termasuk merampas mercun bernilai lebih RM500,000 dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan di sekitar Muar, semalam.

Empat lelaki masing-masing tiga rakyat tempatan dan seorang Indonesia berusia antara 27 hingga 41 tahun ditahan di Kempas dan Muar.

Pegawai Pemerintahnya, Superintenden Dimin Awang berkata, rampasan dilakukan di Jalan Bukit Kempas 1/6, Taman Bukit Kempas, pada pukul 6 petang melibatkan pelbagai jenis mercun bernilai kira-kira RM31,000.

“Di Jalan Indah 18/6, Taman Pertama Indah, Sungai Abong, Muar pula, rampasan dibuat pukul 11 pagi melibatkan pelbagai jenis mercun dengan anggaran nilai RM500,000.

“Antara yang dirampas termasuklah mercun happy boom, thunder clap, mercun bola, crazy robot, happy boom tikus , mercun pop pop dan pelbagai lagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihaknya turut merampas dua buah lori, masing-masing sebuah di Kempas dan sebuah lagi di Muar.

“Kejayaan tangkapan dan rampasan mercun ini berjaya memutuskan pembekalan mercun di sekitar Kempas dan Muar khususnya menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI