fbpx

Babak filem Ali Baba Bujang Lapok gambarkan kegembiraan pencarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sedutan babak dari filem Ali Baba Bujang Lapok yang menjadi perkongsian sebahagian besar pencarum di media sosial.

PETALING JAYA – Sedutan babak dari filem Ali Baba Bujang Lapok arahan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menggambarkan kegembiraan serta situasi terkini sebahagian besar pencarum yang bakal menerima ‘wang besar’ bermula hari ini.

Menerusi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 menjadikan mereka seperti orang kaya kerana memiliki sejumlah wang yang banyak dalam satu masa.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, orang ramai mula berkongsi sedutan babak popular tersebut seolah-olah menggambarkan keterujaan mereka menanti wang permohonan dikreditkan ke akaun masing-masing.

Selain itu, ada juga pengguna yang berseloroh sedang melakukan latihan berjalan seperti orang kaya sebelum menerima wang tersebut.

“Tengah buat latihan cara jalan macam orang kaya dalam filem P. Ramlee, nanti duit dah masuk, tak ada cara jalan sama, kalau tak orang tak tahu aku berduit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI