fbpx

Perang Dunia Ketiga didakwa sudah bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peluru berpandu sonik P-1000 yang dipercayai tenggelam bersama kapal perang utama Rusia, Moskva selepas dibom oleh askar Ukraine di Laut Hitam. - Daily Mail

MOSCOW – Stesen televisyen tempatan Rusia, Rossiya 1 melaporkan bahawa Perang Dunia Ketiga sudah bermula selepas tentera Ukraine mendakwa menenggelamkan kapal perang utama Kremlin, Moskva, lapor akhbar MailOnline kelmarin.

Penyampai berita Rossiya 1, Olga Skabeyeva yang mempertahankan pendirian Kementerian Pertahanan Rusia bahawa Moskva karam kerana mengalami kebakaran dan bukan terkena bedilan peluru berpandu, sebaliknya menyalahkan Ukraine berhubung insiden tersebut.

Skabeyeva mengeluarkan kenyataan bahawa situasi semasa sudah boleh ‘dianggap’ sebagai permulaan Perang Dunia Ketiga memandangkan peningkatan pertempuran di Ukraine.

“Saya mahu memberi amaran kepada semua rakyat Rusia. Kita sudah mula berperang. Bukan sahaja dengan Ukraine tetapi juga terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ,” katanya.

Skabeyeva disertai oleh beberapa  pakar peperangan yang  bersetuju dengan pendapatnya  bahawa tenggelamnya kapal Moskva menjadi punca untuk memulakan perang pada skala 100 peratus.

“Tiada apa lagi yang perlu dikatakan,  Rusia mesti bertindak balas ke atas apa yang berlaku kepada Moskva,” tegas seorang pakar tersebut.

Mereka memberi bayangan menggesa Presiden Vladimir Putin untuk menggunakan bom nuklear ke atas Kiev bagi menamatkan penentangan Ukraine.

Hos rancangan televisyen Rusia lain, Olesya Loseva pula memberitahu penonton bahawa Barat percaya Rusia adalah sebuah negara yang tidak layak berada di peta dunia dan rakyat Rusia perlu dihapuskan dari muka bumi, beberapa jam selepas Moskva disahkan tenggelam .

Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin berjanji untuk meningkatkan serangan peluru berpandu ke atas ibu negara Ukraine itu sebagai tindak balas terhadap kehilangan kapal perang simbolik Moscow di Laut Hitam.

Ancaman serangan  lebih intensif ke atas Kiev itu dibuat selepas Rusia menuduh Ukraine mencederakan tujuh orang awam dan merosakkan kira-kira 100 bangunan kediaman dalam serangan udara ke atas Bryansk.

Bryansk adalah rantau Rusia yang terletak dekat sempadan Ukraine.

Pihak berkuasa  kawasan sempadan Rusia yang lain juga melaporkan serangan tentera Ukraine.

“Jumlah dan skala serangan peluru berpandu  ke atas Kiev akan dipertingkatkan sebagai tindak balas terhadap rejim nasionalis Ukraine yang melakukan serangan keganasan ke  wilayah Rusia,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI