fbpx

Orang ramai terkejut tengok lelaki diseret Myvi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan bagaimana individu itu diseret oleh kereta Myvi terbabit

PETALING JAYA – Pengguna jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini gempar selepas seorang lelaki diseret oleh sebuah kereta dalam kejadian awal tengah malam tadi.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter @isusemasaviral, dapat dilihat seorang lelaki yang tidak berbaju diseret beberapa meter oleh sebuah kereta jenis Perdoua Myvi berwarna merah.

Berdasarkan rakaman klip berdurasi 21 saat itu, lelaki berkenaan dikatakan berpaut pada bahagian pemegang pintu kereta sebelum kenderaan tersebut bergerak laju.

Susulan kejadian itu, orang ramai menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kejadian berkenaan dan menyifatkan ia sebagai tidak patut berlaku.

“Hari-hari kejadian bukan-bukan berlaku, ke mana perginya adab murni rakyat Malaysia?“ tulis Mohd. Hafiizh AB Wahab.

“Tiada lagi nilai-nilai murni dalam masyarakat, masalah kesihatan mental patut dititik beratkan oleh kerajaan,” ujar @berusgigi.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi 23 saat yang dimuat naik di media sosial.

“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku kira-kira pukul 2.15 pagi tadi di Lebuh Raya MRR2 dari arah Bulatan Bilion menghala ke Pekan Sungai Besi.

“Kemalangan melibatkan empat buah kenderaan terdiri daripada sebuah Proton Exora, Toyota Vios dan dua buah motosikal jenis Yamaha dan kawasaki termasuk seorang pejalan kaki.

“Kereta Exora yang dipandu seorang wanita berusia 44 tahun telah brek secara mengejut selepas seorang lelaki warga China tiba-tiba melintas jalan dan pada masa sama, kereta Toyota Vios dipandu lelaki berusia 30 tahun yang berada dibelakangnya sempat menghentikan kenderaan.

“Bagaimanapun, penunggang motosikal Yamaha berusia 26 tahun tidak sempat mengelak Toyota Vios berkenaan sebelum terbabas ke hadapan. Begitu juga dengan penunggang motosikal jenis Kawasaki berusia 50 tahun yang terbabas akibat kejadian yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, akibat kemalangan, penunggang motosikal Yamaha mengalami kecederaan luka pada bahagian muka manakala penunggang motosikal Kawasaki mengalami kecederaan patah kaki kiri.

“Kedua-dua mangsa telah dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) manakala pemandu kenderaan pula tiada mengalami kecederaan dan hanya mengalami kerosakan kenderaan.

“Kes kemalangan diklasifikasikan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1978 memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, tambahnya, pejalan kaki tersebut telah dibawa IPD Cheras bagi tujuan dokumentasi kerana mengadu telah diancam oleh orang awam semasa berada di lokasi kemalangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI