fbpx

Lari tinggalkan kereta bawa mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian mercun yang dirampas dalam tiga serbuan berasingan di Rantau Panjang dan Tanah Merah semalam. - FOTO: IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Seorang lelaki melarikan diri dengan meninggalkan kereta yang dipandunya yang membawa mercun bernilai RM6,400 selepas kegiatannya itu dikesan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di tepi jalan Kampung Tok Deh di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi berkata, anggota PGA melihat sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan rutin pada pukul 11 pagi.

Menurutnya, anggota bertugas telah bertindak menahan kereta itu namun, pemandunya terus memecut laju kereta tersebut.

“Suspek bagaimanapun berhenti di tepi jalan sebelum melarikan diri meninggalkan kereta yang dipandunya.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu telah menemui kotak dan guni mengandungi mercun yang berada di tempat duduk penumpang belakang selain di dalam but,” katanya dalam satu satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Azhari memberitahu, pihaknya turut berjaya menahan dua lelaki dalam serbuan bersaingan di Tanah Merah yang membawa kepada rampasan mercun bernilai RM4,590 kelmarin.

Katanya, serbuan pertama yang dijalankan sebuah rumah di Kampung Tersil, PGA berjaya menahan seorang lelaki berusia 20 tahun dan merampas pelbagai jenis mercun yang disembunyikan di dalam sebuah bilik.

“Rampasan pertama itu membawa kepada serbuan kedua di sebuah rumah Kampung Bukit Kelidang, Gual Ipoh sebelum menahan seorang lelaki berusia 17 tahun.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut, PGA telah menjumpai pelbagai jenis mercun,” ujarnya.

Tambahnya, ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI