fbpx

CCTV rakam kenderaan sengaja langgar ‘Oyen’ hingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV menunjukkan kucing yang dilanggar oleh sebuah kereta di kawasan taman perumahan.

PETALING JAYA – Siapa yang tak sedih apabila haiwan kesayangan mati sepertimana kejadian yang menimpa seorang wanita apabila kucing peliharaannya dilanggar seorang individu yang tidak berperikemanusiaan.

Menerusi video yang dikongsi wanita dikenali sebagai Wany Sharan di laman Facebook, kejadian berkenaan telah dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumahnya yang memaparkan sebuah kenderaan yang dilihat sengaja melanggar kucingnya bernama Oyen.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Ipoh, Perak.

“Di mana letak hati kamu? Terang-terang kamu sengaja melanggar kucing kami sehingga Oyen mati.

“Jangan bagi alasan kucing terbaring di tepi jalan (kawasan taman perumahan) adalah salah,” luahnya.

Wany Sharan turut berharap dan mendoakan agar pemandu tersebut mendapat balasan yang setimpal kerana telah menzalimi kucing.

Susulan perkongsian itu, orang ramai melahirkan rasa simpati terhadap nasib wanita tersebut menerusi komen-komen yang ditinggalkan di Facebook berkenaan.

“Bukti sudah ada, jangan bagi muka,” komen Mohammad Zulfikar.

“Kesian Oyen. Dia dah nak bangun. Memang orang itu sengaja nak langgar. Kawasan perumahan kami juga banyak kucing dan anjing tetapi saya akan pandu perlahan untuk beri mereka laluan,” komen Ivy Lavinia pula.

Turut meninggalkan komen ialah Nor Shazlinda yang mencadangkan supaya pemandu kereta berhenti dan mengalihkan kucing tersebut.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI