fbpx

Padah tunjuk ‘gengster’, lelaki dipenjara tujuh bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Guang Ming (kiri) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Klang hari ini. - Foto oleh ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang tular bertindak ala gengster dengan membelasah pekerja perkhidmatan keranda menggunakan rantai dan menakutkannya sehingga memotong jari sendiri sebelum ini akhirnya berbalas apabila dipenjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Amirul Asyraf Abd. Rasid menjatuhi hukuman itu terhadap Chong Guang Ming, 49, yang mengaku bersalah atas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara dikenakan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 12 April lalu. Hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, Guang Ming didakwa sengaja menakutkan Lim Soon Lee, 35, dengan ugutan ” sekiranya tidak memotong jari kelingkingnya, kamu akan memukulnya,”.

Justeru, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Guang Ming juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa sama menggunakan rantai besi yang boleh mengakibatkan kematian.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau boleh dikenakan denda atau sebatan atau dengan kedua-duanya mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di Taman Chi Liung, Pandamaran di sini pukul 8.30 malam, 13 November tahun lalu dan pukul 9.30 malam, 10 April lalu.

Pada prosiding tersebut, Guang Ming yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan susulan menjaga ibunya berusia 74 tahun dan dia mempunyai penyakit kencing manis.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nur’ Ayuni Jamri meminta hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh.

“Ini mengambil kira faktor keselamatan awam dan kecederaan mangsa selain telah mendapat perhatian awam dengan tertuduh sendiri berkongsi (kejadian) dalam media sosial,” jelasnya.

Kosmo! Isnin lalu melaporkan seorang pekerja perkhidmatan keranda dibelasah menggunakan rantai besi selain ditampar oleh rakannya sendiri dalam dua kejadian berasingan baru-baru ini.

Mangsa berusia 36 tahun juga hilang satu jari kelingking sebelah kiri selepas pertengkaran mulut dengan suspek berusia 49 tahun. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI