fbpx

Suami betulkan tudung, semoga Nelydia istiqamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GELAGAT Hafez memperbetulkan tudung Nelydia menyentuh hati netizen.

SEJAK muncul dengan imej berhijab, nama Nelydia Senrose kembali menjadi sebutan ramai.

Imej yang sopan dan manis, itu yang dinanti-nantikan oleh peminatnya selama ini. Kata mereka, akhirnya Tuhan membuka pintu hati Nelydia untuk bertudung.

Paling manis ialah tular video suaminya, Hafez membetulkan tudungnya pada hari sambutan ulang tahun perkahwinan mereka baru-baru ini.

Tersentuh dengan ‘babak’ tersebut, peminatnya juga tidak putus-putus mendoakan agar dia terus istiqamah berhijab dan tiada ‘tragedi tudung terbang’ seperti selebriti wanita lain.

“Masya-Allah, semoga Nelydia terus istiqamah memakai hijab,” doa netizen.

Bukan sahaja netizen mahupun peminat, Mizz Lahar juga turut mendoakan hal yang sama buat Nelydia.

Jika terasa hati goyah, kembali dan minta kekuatan daripada Tuhan.

MIZZ LAHAR: Ramai terpesona dengan gaya rambut pendek Anuar Zain semasa nak ke Syria baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI