fbpx
Keadaan motosikal mangsa setelah terbabit dalam kemalangan maut di KM198.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Bagan Serai semalam.- Foto media sosial

Penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAGAN SERAI – Seorang wanita maut apabila motosikalnya bergesel dengan basikal sebelum dirempuh sebuah kereta di Kilometer (KM) 198.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.50 malam itu, mangsa, Nurul Izzah Abdul Wahab, 22, dari Semanggol maut di lokasi kejadian manakala penunggang basikal patah kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat berkata, mangsa yang menunggang dari arah Kamunting ke Semanggol dikatakan telah bergesel dengan sebuah basikal di lorong kecemasan yang ditunggang seorang lelaki.

“Akibatnya, mangsa bersama motosikalnya terbabas lalu terjatuh ke lorong kiri lebuhraya itu sebelum dirempuh sebuah kereta yang cuba mengelak.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Parit Buntar,” katanya tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN