fbpx

Jenazah bapa Mufti Perlis selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri (tengah) meratakan kubur bapanya di Tanah Perkuburan Islam Guar Panji dekat Kangar hari ini.

PADANG BESAR – Bapa kepada Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah di Kangar dekat sini pada petang ini akibat masalah kesihatan.

Berita pemergian Allahyarham Zainul Abidin Osman, 82, itu disampaikan sendiri oleh Mohd. Asri menerusi Insta Story di laman Instagram drmaza_official kira-kira pukul 2 petang tadi.

“Ayahanda saya baru meninggal (dunia). Doakan keampunan untuk beliau,” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial tersebut.

Tiga hari lalu, Mohd. Asri turut memuat naik status di laman sosial sama memaklumkan keadaan bapanya berada dalam keadaan kritikal dan memohon orang ramai mendoakan kebaikan buat bapanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad turut menzahirkan rasa dukacita atas pemergian bapa Mohd. Asri dan mengucapkan takziah kepada keluarga mereka di laman sosial Facebook miliknya.

Jenazah Allahyarham Zainul Abidin dibawa pulang ke kediamannya di Musolla Teduhan Doa, Kampung Bilal Udoh, Beseri untuk disembahyangkan.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail turut berkenan berangkat menziarahi serta menunaikan solat jenazah.

Jenazah Allahyarham Zainul Abidin selamat dikebumikan kira-kira pukul 7 malam ini di Tanah Perkuburan Islam Guar Panji di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI