fbpx

DJ Wong selamat, buat live di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video siaran langsung Dj Wong tengah malam tadi.

SUNGAI PETANI – Misteri kehilangan seorang deejay dikenali sebagai DJ Wong sejak tujuh hari lalu terjawab selepas dia muncul semula dengan membuat siaran langsung melalui laman Facebook baharu miliknya tengah malam tadi.

Dj Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, dilaporkan gagal dikesan selepas keluar dari pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini kira-kira pukul 9.30 malam, Rabu lalu.

Dia sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian bersama isterinya dikenali sebagai Dj Sal di laman FB DJ Wong And Sal Bollywood.

Bagaimanapun Dj Wong mencipta kontroversi selepas muncul bersiaran langsung kira-kira pukul 12 tengah malam dengan berpakaian baju melayu berwarna biru muda selain turut bersumpah di hadapan al-Quran.

Dalam siaran langsung selama 15 minit itu, Dj Wong bersumpah bahawa dia dalam keadaan sihat dan selamat serta meminta semua pihak menghentikan misi pencariannya, namun tidak mendedahkan lokasi sebenar dia berada.

Dj Wong di akhir siaran langsungnya itu turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan memberitahu kepada pengikutnya bahawa dia tidak akan muncul di FB lagi selepas ini.

Sementara itu, Dj Sal ketika dalam satu siaran langsung lain di laman FB menyifatkan bekas suaminya itu sebagai lelaki dayus susulan tindakannya menghilangkan diri dan melafazkan cerai secara umum di FB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI