fbpx

Arja Lee kini pensyarah seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arja kini bergelar pensyarah seni di UMK sejak beberapa bulan lalu.

PETALING JAYA – “Alhamdulillah angan-angan dah pun jadi kenyataan, impian jadi cita-cita. Aku betul betul bergelar pensyarah. Nama aku Sir Arja!”.

Demikian kegembiraan yang diluahkan pelakon Arja Lee menerusi Instagram selepas bergelar pensyarah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) sejak beberapa bulan lalu.

Kata Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli, 37, karier sebagai pensyarah yang mendidik anak bangsa sudah lama menjadi impiannya sejak sekian lama.

“Alhamdulillah, UMK menawarkan saya berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang seni persembahan.

“Saya pun baharu saja menamatkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang tersebut. Pada saya tawaran tersebut merupakan rezeki yang cukup bermakna buatnya,” katanya.

Pelakon filem … Dalam Botol itu juga berasakan sudah tiba masanya untuk fokus terhadap bidang akademik berbanding seni ketika ini.

“Pada saya, sudah tiba masanya untuk saya berkhidmat menabur budi sebagai seorang anak seni yang sedikit berpengalaman.

“Saya ingin melihat anak-anak muda kita bersedia dan cukup serba-serbi terutama yang ingin menceburi bidang seni nanti,” katanya.

Terdahulu, Arja berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Lakonan dan Pengarahan) dan Ijazah Sarjana Pengajian Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum dilantik sebagai pensyarah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI