fbpx

Ajal ambil gambar di Tasik Biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang wanita berusia 25 tahun maut selepas terjatuh ke dalam Tasek Biru di Kangkar Pulai dari ketinggian kira-kira 25 meter, semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam Tasek Biru, di Kangkar Pulai dekat sini dari ketinggian 25 meter dalam satu kejadian, petang semalam.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Suraini Adnan memberitahu, pihaknya dimaklumkan berhubung kejadian itu pada pukul 3.06 petang sebelum 11 pegawai dan anggota beserta tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggotanya mendapai seorang wanita berketurunan India telah terjatuh dari tebing tasik berkenaan dengan ketinggian kira-kira 25 meter dan menemui mangsa sekitar kawasan anak sungai berhampiran tebing tasik.

“Mangsa yang dikenal pasti sebagai V. Aruna dan berusia 25 tahun disahkan telah meninggal dunia ditempat kejadian. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut ” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI