fbpx

Tauke Jambu, 4 rakan didakwa miliki dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tauke Jambu

KUALA LUMPUR  – Seorang pelawak yang dikenali Tauke Jambu dan empat rakannya didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki dadah jenis ketamin Ahad lalu.

Bagaimanapun tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria 46 dan empat rakannya iaitu Muhamad Azman Johar, 28; Brandon Cheong Kai Szern, 25, serta dua wanita, Salimah Nasuha Gusti Hassan, 29 dan Lee Kim Yoon, 44, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama memiliki dadah berbahaya jenis ketamin dengan berat bersih 0.37 gram, di sebuah tempat  di 15-01 Menara Up Jalan Puchong di sini pukul 2.40 pagi pada 10 April lepas (2022).

Berikutan itu pendakwaan terhadap kesemua mereka dikemukakan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu, memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Nom Phot Prackdit menawarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Namun tauke yang tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan rendah dengan alasan pendapatannya terjejas selain merupakan kesalahan pertamanya.

Sementara itu empat lagi tertuduh lain hanya merayu jaminan rendah.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin.

Tarikh 9 Jun ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI