fbpx

Tangguhkan kemasukan 500,000 pekerja Bangladesh – MTUC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berharap kerajaan menangguhkan kemasukan pekerja asing di negara ini, termasuk 500,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba bulan ini.

Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor berkata, kerajaan sebaliknya perlu menjalankan kajian impak kemasukan pekerja asing ke atas pekerja tempatan terlebih dahulu.

Menurutnya, kemasukan 500,000 pekerja asing juga akan menyebabkan aktiviti buruh paksa tidak dapat dikawal dan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia sehingga ada penutupan operasi syarikat dan menyebabkan pekerja tempatan kehilangan pekerjaan.

Tambahnya, penambahan pekerja asing juga akan menyebabkan penambahan pegawai Jabatan Tenaga Kerja (JTK) yang bertujuan membuat pemeriksaan terhadap premis yang menggajikan pekerja asing.

“MTUC berharap kerajaan dapat menangguhkan kemasukan pekerja asing dan menjalankan kajian impak ke atas pekerja tempatan.

“Peribahasa ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’ akan menjadi kenyataan dan menyebabkan pekerja tidak lagi mempercayai kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media baru-baru ini melaporkan, Malaysia dijangka menerima kemasukan 500,000 pekerja asing dari Bangladesh secara berperingkat bermula bulan ini.

Mengulas lanjut, Kamarul Baharin berkata, pihak kongres telah membantah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh pada 2015 dengan alasan sama iaitu permintaan syarikat.

Sebaliknya, tambah beliau, MTUC mencadangkan pada masa tersebut supaya fokus perlu diberikan kepada melatih pekerja tempatan dan menaikkan skala gaji bagi menarik minat mereka. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI