fbpx

Taktik bawa mercun bernilai RM22,680 sebelum waktu berbuka puasa gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta Proton Waja yang membawa pelbagai jenis mercun ditinggalkan di tepi jalan Kampung Padang Licin, Rantau Panjang semalam.

PASIR MAS – Taktik seorang lelaki yang memandu sebuah kereta yang sarat dengan muatan pelbagai jenis mercun bernilai RM22,680 sebelum waktu berbuka puasa gagal apabila polis dapat menghidu kegiatan itu di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang di sini semalam.

Suspek bagaimanapun, sempat meninggalkan kereta jenis Proton Waja dipandunya di kawasan itu kira-kira pukul 7.15 malam selepas melarikan diri sejauh lima kilometer semasa dikejar polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, semasa menjalan rondaan, anggota polis melihat sebuah kereta dipandu dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkan pemandunya berhenti untuk pemeriksaan.

Menurutnya, pemandu kereta itu enggan berbuat demikian sebelum bertindak memecut laju untuk mengelakkan dirinya ditahan polis.

“Selepas dikejar sejauh lima kilometer, lelaki itu akhirnya mengaku kalah apabila dia berhenti tepi jalan Kampung Padang Licin sebelum lari meninggalkan kereta tersebut.

“Anggota polis cuba mengesan suspek, namun gagal. Selepas menunggu selama 30 minit, tiada individu yang tampil mengambil kereta itu sebelum anggota polis membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Nasaruddin memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati, kereta itu sarat membawa kotak yang mengandungi pelbagai jenis mercun di tempat duduk penumpang bahagian belakang dan but.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI