fbpx

MPV bawa 6 guni mercun bola terbalik dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa MPV membawa enam guni mercun bola yang terbalik di dalam parit di Taman Prima Lubok Jong, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS – Polis menjumpai enam guni mercun bola di dalam sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai terbabas sebelum terbalik di dalam parit di Taman Prima Lubok Jong di sini semalam.

MPV jenis Toyota Wish itu ditemui ditinggalkan di dalam parit itu kira-kira pukul 3.15 petang semalam selepas polis menerima panggilan daripada orang awam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis terus bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati MPV itu berada dalam keadaan terbalik di dalam parit berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam kenderaan itu telah membawa kepada penemuan enam guni mengandungi mercun bola dianggarkan bernilai RM4,800 yang diletakkan di tempat duduk penumpang belakang.

“Kita telah menunggu di lokasi itu hampir satu jam namun, tiada individu yang tampil untuk mengambil MPV berkenaan.

“Semakan mendapati, MPV yang didaftarkan atas nama seorang lelaki yang beralamat di Johor itu tidak mempunyai sebarang rekod berkait dengan sebarang kesalahan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nasaruddin, MPV tersebut kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI