fbpx

Langgar pintu, tampar orang sebelum lawan arus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar suspek dan kereta yang dipandunya melawan arus sehingga melanggar dua penunggang motosikal di SKVE semalam

KUALA LANGAT – Pemandu Perodua Bezza yang tular melawan arus di Kilometer 30.1 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di semalam dipercayai terlebih dahulu telah melakukan jenayah kekerasan sebelum ditangkap pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Salleh berkata, siasatan mendapati pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 57 tahun menyatakan terdapat lelaki tidak dikenali membuat bising di hadapan rumahnya di Taman Rambai Indah, Jenjarom.

Katanya, suspek ketika itu didapati dalam keadaan mabuk sambil memegang pisau serta memegang botol arak.

“Suspek juga telah cuba memasuki rumah pengadu namun berjaya dihalau.

‘Tidak lama kemudian suspek telah datang semula ke rumah pengadu dengan menaiki kereta Perodua Bezza dan merempuh masuk serta melanggar pintu pagar rumah pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, suspek kemudiannya telah keluar dari kenderaan dan masuk ke dalam rumah pengadu sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka.

Tambahnya, semasa pertengkaran tersebut didapati suspek telah bertindak menampar anak pengadu sebanyak sekali.

“Akibat kejadian tersebut, anak lelaki pengadu cedera di muka dengan pengadu kerugian RM1,800 susulan pintu pagar rosak,” katanya.

Kata Ahmad Ridhwan, suspek kemudiannya telah mengalami kemalangan di SKVE sebelum ditangkap anggota polis trafik.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 427,448,323 Kanun Keseksaan dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan dua penunggang motosikal cedera selepas dilanggar sebuah kereta jenis Perodua Bezza dipandu seorang lelaki secara melawan arus di KM 30.1 SKVE, semalam. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI