fbpx

KUSKOP sokong sepenuhnya sasaran Angkasa tubuh bank digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyokong sepenuhnya usaha Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dalam menubuhkan bank digital.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya akan sentiasa membantu serta menyokong sasaran Angkasa dalam mendapatkan kelulusan lesen daripada Bank Negara bagi mewujudkan bank digital.

“PUSKOP menyokong sepenuhnya usaha Angkasa untuk menjadi bank digital dan saya berharap agar sasaran tersebut tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa sempena Semarak Jubli Emas Angkasa dan Sambutan 100 Tahun Koperasi di sini hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan KUSKOP juga menyasarkan 10 peratus daripada jumlah keseluruhan masjid di Malaysia dalam menubuhkan koperasi kariah masjid yang bertujuan menjadi sumber membekalkan produk halal kepada pengguna.

“Penubuhan koperasi kariah masjid berpotensi besar meningkatkan keterlibatan masyarakat khususnya umat Islam dalam platform niaga.

“Selain itu, ia dapat meningkatkan taraf hidup, melengkapai keperluan sosial dan berfungsi sebagai pusat ekonomi setempat,” ujarnya.

Tambah Noh, koperasi kariah masjid merupakan penyelesaian kepada permasalahan barangan halal yang menjadi kegusaran masyarakat Muslim di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI