fbpx

Guna tangan untuk buat bayaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki, Patrick Paumen mempunyai cip mikro yang dipasang di dalam tangannya serta menyala apabila pembayaran dibuat. - Patrick Paumen

LONDON – Sebuah syarikat berpangkalan di Britain, Walletmor menawarkan teknologi mikrocip yang dipasang dalam tangan manusia untuk membuat pembayaran tanpa sentuhan, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Pengasas dan Ketua Eksekutif Walletmor, Wojtek Paprota berkata, syarikatnya adalah yang pertama menawarkan cip tersebut untuk kegunaan komersial.

“Mikrocip yang dipasang di dalam tangan boleh digunakan untuk membayar minuman di tepi pantai Rio, kopi di New York, ketika anda memotong rambut di Paris atau membeli-belah.

“Ia boleh digunakan di mana-mana lokasi yang mempunyai sistem pembayaran tanpa sentuhan,” katanya.

Mikrocip Walletmor memiliki berat kurang  satu gram dan terdiri daripada cip serta antena yang dibungkus di dalam biopolimer. Biopolimer merupakan bahan bersumber semula jadi menyerupai plastik.

Paprota berkata, mikrocip itu selamat digunakan, mempunyai kelulusan pihak pengawal selia, boleh berfungsi sejurus dimasukkan ke dalam tangan dan  kekal berada pada kedudukannya.

Lebih 500 cip itu telah dijual oleh Walletmor setakat ini.

Teknologi yang digunakan oleh syarikat itu merupakan komunikasi medan berhampiran (NFC) iaitu sistem pembayaran tanpa sentuh yang digunakan dalam telefon pintar.

Implan pembayaran lain adalah menggunakan pengenalan frekuensi radio (RFID), teknologi yang sering ditemui dalam kad debit dan kredit. –AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI