fbpx

[VIDEO] Bakar Honda Odyssey gara-gara curi lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video yang memaparkan aksi sekumpulan individu membakar sebuah MPV.

PETALING JAYA – Padah kerana mencuri lembu, sekumpulan lelaki dipercayai penduduk kampung bertindak membakar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Honda Odyssey.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Info Bencana Terengganu, kenderaan tersebut dipercayai digunakan oleh beberapa individu untuk mencuri lembu di sebuah ladang kelapa sawit.

Difahamkan kejadian itu berlaku di Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu, bagaimanapun tidak dinyatakan tarikh sebenar klip video tersebut dirakam.

Berdasarkan klip video berdurasi 17 saat itu, kelihatan beberapa ekor lembu ditemui di dalam MPV berkenaan dipercayai dicuri sekitar kawasan terbabit.

Ekoran kejadian itu, sekumpulan penduduk kampung kemudiannya bertindak menterbalikkan MPV berkenaan sebelum membakarnya.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan pelbagai komen yang mahu pihak berkuasa menyiasat perkara itu kerana ia telah membabitkan perbuatan jenayah.

“Semoga beraya dalam lokap semua yang terlibat, masa lembu dicuri semua mengaku tuan, masa lembu kena langgar sorang pun tak mengaku,”tulis Aziz Roslan.

“Tak pasal-pasal sambut raya dalam lokap,”kata Puteri Sharifah Effa.

Pada masa sama, ada juga pengguna yang mengecam tindakan pemilik lembu yang sebelum ini sesuka hati membiarkan ternakan berkeliaran sehingga menyebabkan kemalangan dengan pengguna jalan raya.

“Masa curi lembu kemain beria muncul tuan lembu, kalau masa langgar dan melibatkan nyawa orang tak ada pula tuan yang mengaku lembu dia,” tulis Cik Anie Ahmad Chik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI