fbpx

Polis kesan kumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki sedang bermain meriam buluh.

SEBERANG PERAI – Polis mengesan beberapa individu yang bermain meriam karbaid di tepi Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam di sini seleps video aktiviti itu tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 2 minit 20 saat itu yang menunjukkan sekumpulan lelaki dewasa sedang bermain meriam berkenaan di laman sosial Twitter.

“Video itu memaparkan mereka bermain meriam karbaid di tepi jalan raya dan membuat gangguan bising kepada penduduk.

“Polis masih menjalankan siasatan bagi mengesan suspek yang terlibat dalam video itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, polis menasihati orang ramai agar tidak bermain meriam karbaid sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kerana ia merupakan kesalahan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Sementara itu, video berkenaan memaparkan sekumpulan lelaki dewasa bermain meriam karbaid yang diperbuat daripada paip PVC di hadapan deretan rumah kedai.

Ia menunjukkan meriam berkenaan dihalakan ke arah jalan raya yang dilalui banyak kenderaan . – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI