fbpx

9 ahli geng curi kenderaan tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fisol (kiri) melihat sebahagian barang rampasan kes curi kenderaan semasa sidang akhbar di IPK Pulau Pinang di George Town hari ini.

GEORGE TOWN – Polis menumpaskan sebuah kumpulan sindiket mencuri kenderaan dengan menahan sembilan lelaki di negeri ini dan Kedah menerusi Op Lejang Mutiara yang dijalankan selama seminggu hingga Jumaat lalu.

Suspek berusia 31 hingga 40 tahun yang kebanyakannya bekerja sebagai mekanik itu ditahan di sekitar daerah Seberang Perai Tengah dekat sini serta di Bedong dan Kuala Ketil di Kedah.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Fisol Salleh berkata, kumpulan yang menyasarkan kenderaan model lama, motosikal dan lori itu dipercayai aktif menjalankan kegiatan berkenaan sejak awal tahun ini.

“Modus operandi kumpulan ini adalah mencuri kenderaan lama dengan cara menggunakan peralatan ‘master key’.

“Kenderaan curi ini akan diberikan kepada ahli kumpulan yang bekerja sebagai mekanik untuk dileraikan serta dicanaikan nombor casis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Fisol berkata, pihaknya percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 18 kes curi kenderaan lama di mana 13 kes berlaku di sekitar Pulau Pinang serta lima kes di Perak dan Kedah.

Menurutnya, polis turut merampas tiga buah lori, tiga buah kereta, lima buah motosikal dan sebuah enjin kereta yang dianggarkan bernilai RM150,000.

“Kita turut merampas dua pucuk pistol tiruan di salah sebuah rumah sewa yang didiami suspek di Bedong, tujuh unit telefon bimbit, enam rangkai kunci pelbagai jenis kenderaan dan satu pasang gari,” katanya -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI