fbpx

15,765 kes sembuh direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 15,765 kes sembuh dilaporkan sekali gus melepasi jangkitan baharu Covid-19 dengan jumlah kumulatif kes sembuh di negara ini sebanyak 4,325,818 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 8,112 kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan semalam, sebanyak 56 kes kategori tiga, empat dan lima.

“Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 3,772 kes (46.50 peratus), kategori dua 4,284 kes (52.81 peratus), kategori tiga 29 kes (0.36 peratus), kategori empat 10 kes (0.12 peratus) dan kategori lima 17 kes (0.21 peratus).

“Daripada 56 kes kategori tiga, empat dan lima, 17 kes (30.36 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 21 kes (37.50 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 18 kes (32.14 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 33 kes (58.93 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas dan 38 kes (67.86 peratus) mempunyai komorbid,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI