fbpx

[VIDEO] Dr. Noor Hisham mahu berehat dahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Noor Hisham pada hari terakhir bertugas di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA- Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib Jumaat ini memaklumkan mahu berehat terlebih dahulu selepas 35 tahun berkhidmat dalam sektor kesihatan awam negara.

Pada masa sama, beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa serta seluruh warga Kementerian Kesihatan (KKM).

“(Saya akan) rehat dulu setelah bertugas selama 10 tahun sebagai Ketua Pengarah Kesihatan. Terima kasih juga diucapkan kepada menteri.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar, Covid-19 pun dah berkurangan dan kita dapat mengawal dengan baik dan memang saya tertunggu-tunggu untuk bersara,” katanya ringkas sebelum beredar dari bangunan KKM di sini hari ini.

Terdahulu, Dr. Noor Hisham mengimbas kad perakam waktu beliau buat kali terakhir di lobi KKM dengan disaksikan Dr. Zaliha serta Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Beberapa warga kerja KKM turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan melambai kepada ‘wira perang’ Covid-19 itu buat kali terakhir.

Dr. Noor Hisham yang menjawat jawatan sebagai ketua pengarah sejak 2013 akan bersara wajib pada Jumaat ini.

Sepanjang tempoh lebih tiga dekad dalam perkhidmatan, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan ketika pandemik Covid-19.

Malah, beliau juga dianggap ‘wira’ rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI