fbpx

69,589 pengidap HIV di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Jumlah penduduk Malaysia yang terpaksa hidup dengan jangkitan HIV sehingga tahun lalu dilaporkan seramai 69,589 termasuk 3,177 kes baharu yang direkodkan pada tahun 2022.

Timbalan Menteri Kesihatan (KKM), Lukanisman Awang Sauni berkata, angka berkenaan menunjukkan HIV merupakan suatu permasalahan yang besar kepada negara pada masa akan datang.

“Saya berasakan projek rintis berkenaan penggunaan ubat PrEP (Pre-Exposure Prophylaxis) dapat mengurangkan kadar jangkitan. Ia untuk mengurangkan kadar jangkitan, bukan menggalakkan (gejala) seksual songsang.

“Ini program rintis di 18 klinik kesihatan dibawah KKM. Kita boleh duduk berbincang dan apa keperluan “yes or no” tentang pemberian PrEP untuk masyarakat malaysia,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) mengenai rasional projek perintis penggunaan ubat PrEP meletakkan kumpulan sasar individu 18 tahun ke atas.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini memaklumkan akan melakukan projek rintis PrEP bagi menilai keberkesanan dan keselamatannya dalam mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV bermula Januari 2023.

Terdahulu, Lukanisman menjelaskan, PrEP merupakan kaedah pencegahan masa kini yang didapati berkesan dan berupaya mengecah jangkitan HIV secara seksual sehingga 99 peratus.

Menurut beliau, lebih 77 peratus kes baharu HIV yang dilaporkan setiap tahun terdiri daripada golongan muda berumur antara 20 hingga 39 tahun dan lebih 90 peratus adalah kaum lelaki.

“Hampir 97 peratus (daripada mereka) dijangkiti melalui hubungan seksual. Pada masa ini harga PrEP di klinik atau farmasi swasta agak tinggi sekitar RM90 sehingga RM120 sebotol.

“Dengan kemampuan golongan muda yang terhad khususnya pelajar institusi pengajian, maka kaedah ini mampu mencegah penularan jangkitan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI