fbpx

1,924 kes Covid-19 dengan 3 kematian dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan kepada 1,924 kes semalam berbanding 2,070 kes kelmarin yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia kini sebanyak 4,830,214 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 439 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif sebanyak 25,278 kes.

Sejumlah 2,360 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,768,588 orang.

“Selangor masih mendahului jumlah kes harian tertinggi dengan 563 kes diikuti Kuala Lumpur (466), Perak (155), Sabah (153), Pulau Pinang (98), Melaka (87), Negeri Sembilan (80), Sarawak (76), Kedah (62) dan Pahang (49).

“Turut menyumbang kepada kes baharu Covid-19 semalam adalah Johor (46), Kelantan (35), Terengganu (23), Putrajaya (22), Perlis (lima) dan Labuan (empat),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak tiga kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,348 dan BID 7,731.

Sebanyak 24,136 kes dikuarantin di rumah, dua kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,089 kes di hospital, 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 28 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI