fbpx

Covid-19: 417 kes baharu, empat kematian semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 menunjukkan penurunan kepada 417 kes semalam dengan tiga kes import berbanding 513 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,988,559 kes.

Berdasarkan data pada laman web KKMNOW, kes aktif di seluruh negara juga mencatatkan penurunan sebanyak 131 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini merekodkan sebanyak 11,871 kes.

Sejumlah 547 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,978,369 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 139 kes diikuti Kuala Lumpur (55), Pulau Pinang (46), Melaka (30), Sarawak (26), Kedah (24), Perak (23), Sabah (14) dan Johor juga Kelantan (masing-masing 13).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Negeri Sembilan (11), Putrajaya (lapan), Pahang dan Terengganu (masing-masing tujuh) dan hanya satu kes di Labuan,” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak empat kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,857 dan BID 7,854.

Sebanyak 11,232 kes dikuarantin di rumah, 609 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan sembilan kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI