fbpx

Lagu raya, suara Sanisah Huri tetap hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDEO Ajai membawa Sanisah Huri merakamkan semula lagu raya Bersabarlah Sayang menarik jutaan tontonan dalam media sosial.

SETIAP kali menjelang hari raya Aidilfitri, antara dendangan yang menjadi siulan ramai semestinya lagu berjudul Bersabarlah Sayang nyanyian Sanisah Huri.

Lama tanpa khabar, nama penyanyi itu tiba-tiba memanas apabila komposer terkenal, Ajai memuat naik video TikTok bersama Sanisah merakam semula dua lagu popularnya.

“Rasa kemenangan dapat hasilkan semula lagu ini semula. Lebih rasa hebat apabila dinyanyikan oleh penyanyi asalnya, Sanisah. Alhamdulillah,” tulis Ajai.

Video tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya memuji usaha Ajai.

“Sebaknya dengar Bersabarlah Sayang ini, lagu raya versi sedih kegemaran ramai!” komen netizen.

Video tersebut telah mendapat lebih 972,000 ribu tontonan dan 77,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI