fbpx

Dua lagi penyelam ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan stabil

MERSING – Dua daripada tiga warga asing yang hilang selepas melakukan aktiviti menyelam di Pulau Tokong Sanggol di sini ditemui selamat pada pukul 1 pagi tadi.

Mangsa iaitu warga British, Adrian Peter Chesters, 46, dan warga Perancis, Alexia Alexandra Molina, 18, diselamatkan oleh nelayan tempatan yang sedang menangkap ikan.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kedua-dua mangsa yang hanyut sejak 6 April lalu itu ditemui di perairan selatan Pengerang berhampiran sempadan Indonesia.

Cyril Edrward (dua dari kanan) dalam satu sidang akhbar berhubung kejadian itu

“Kedua-dua mereka ditemui selamat oleh nelayan tempatan yang menjalankn aktiviti tangkapan ikan sebelum menghubungi polis.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada Pasukan Polis Marin Wilayah Dua. Mereka sekarang berada di sebuah hospital di Pasir Gudang untuk rawatan lanjut,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Jeti Awam Majlis Daerah Mersing di sini hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Berita berkaitan: Empat warga asing hilang ketika menyelam

Berita berkaitan: Tekong bot bawa 4 penyelam hilang positif dadah

Sementara itu, seorang lagi mangsa, Nathen Renze, 14, yang merupakan warga Belanda masih dilaporkan hilang dan usaha mencari dan menyelamat (SAR) masih giat dijalankan.

Tambah beliau, kawasan pencarian juga diubah sebaik maklumat berkenaan penemuan dua mangsa itu diterima.

“Pihak Indonesia dan Singapura telah dimaklumkan mengenai perubahan grid pencarian,” katanya lagi.

Sementara itu, Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, operasi yang memasuki hari keempat hari ini masih mengekalkan anggota dan aset yang sama.

“Susulan penemuan dua mangsa ini kita ubah sektor pencarian tumpu tenggara Johor ke selatan Pengerang. Kita akan tumpu aset ke sana dan buat hebahan kepada kapal dagang dan bot nelayan jika ada sebarang penemuan agar maklum kepada kami dengan kadar segera,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI