fbpx

Tekong bot bawa 4 penyelam hilang positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing hari ini.

MERSING – Tekong bot yang membawa empat penyelam warga asing yang hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing semalam ditahan selepas didapati positif dadah.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berumur lingkungan 20 tahun itu pada mulanya dipanggil bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Mersing.

Katanya, dia kemudian ditahan kira-kira pukul 11.30 malam semalam selepas didapati positif dadah jenis methaphetamine selepas saringan ujian air kencing dijalankan ke atasnya.

“Kita akan menyiasat dari segi kelengkapan peralatan menyelam mereka dan juga tempat yang dive centre dan sebagainya. Kalau ada apa-apa berlaku dan sebagainya pun kita akan siasat juga,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) di Jeti Awam Majlis Daerah Mersing hari ini.

Kamarul Zaman berkata, kes disiasat dibawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan empat penyelam warga asing dipercayai hilang ketika melakukan latihan menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari semalam.

Penyelam yang hilang merupakan seorang lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46, dan anaknya warga Belanda, Nathan Renze, 14. Dua lagi penyelam merupakan seorang wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18, dan wanita Norway, Kristine Grodem, 35. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI