fbpx

Anjing dapat surat saman pandu laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR anjing di belakang stereng kereta dipaparkan pada surat saman itu. - @armendaus03 / Twitter

BERLIN – Seorang lelaki Jerman keliru apabila mendapati surat saman yang dihantar ke rumahnya kerana memandu melebihi had laju, memaparkan gambar seekor anjing, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Lelaki itu menerima surat saman berjumlah €50 (RM229.30) tetapi pelakunya kelihatan seperti haiwan peliharaannya iaitu seekor anjing kecil berwarna putih.

“Reaksi pertama saya adalah, ini tidak benar. Saya rasa bapa saudara saya juga terkejut,’’ kata anak saudara kepada lelaki berkenaan kepada laman berita The Dodo.

Imej itu dilihat benar tetapi anak saudara lelaki itu kemudian menjelaskan bagaimana anjing tersebut boleh dilihat memandu kereta tersebut.

Katanya, anjing itu melompat ke atas riba pemandu pada masa yang sama kereta itu melepasi kamera trafik. 

“Biasanya anjing itu memakai tali pinggang khas untuk keselamatan. Namun, pada hari kejadian,  bapa saudara saya terlupa melakukannya dan anjing itu datang kepadanya. Lebih melucukan adalah ia berada di riba hanya selama tiga saat,’’ katanya.

Lelaki itu dikatakan mahu membantah saman tersebut,  namun sebagai warganegara yang baik, dia tetap membayar denda yang dikenakan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI