fbpx

Kopek, basuh dahulu buah kurma sebelum makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peringatan Public Health Malaysia kepada orang ramai.

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lupa mengopek dan membasuh buah kurma sebelum dimakan.

Menurut hantaran Public Health Malaysia, tindakan mengopek dan membasuh dahulu buah kurma ialah bagi memastikan tidak ada kotoran ataupun serangga di dalamnya.

Selain itu, buah kurma juga perlu dibasuh kerana pengguna tidak tahu tahap kebersihan pengendalian kurma semasa ia dipetik dan dibungkus.

“Dalam buah kurma juga mungkin ada serangga kecil tersembunyi.

“Jangan bimbang, khasiat dan rasa buah kurma tidak akan hilang jika dibasuh,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI