SUNAT untuk menyegerakan berbuka puasa setelah dipastikan bahawa matahari telah terbenam.- GAMBAR HIASAN

Hukum lewatkan waktu berbuka puasa hingga isyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENGAPAKAH seseorang boleh tersalah faham tentang waktu berbuka puasa? Pernah suatu ketika, seorang rakan mengajak saya menunda waktu berbuka puasa sehingga hampir masuk waktu isyak. Menurutnya, berbuka puasa perlu dilewatkan sehingga hampir waktu isyak iaitu selepas cahaya merah di ufuk timur hilang sepenuhnya.

 

JAWAPAN: PENENTUAN waktu berpuasa dan berbuka puasa ditentukan oleh definisi jelas malam dan siang. 

Berbuka puasa dilakukan selepas terbenamnya matahari yang menandakan permulaan malam. 

Ketepatan waktu ini mencerminkan kepatuhan umat Islam terhadap syariat dan kesungguhan dalam beribadah. 

Dengan memahami tanda alam, umat Islam dapat melaksanakan ibadah puasa dengan penuh ketelitian dan keikhlasan. 

Firman Allah SWT:“Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib).” (Surah al-Baqarah, 187)

Hadis yang diriwayatkan oleh Umar RA tersebut menghubungkan kedatangan malam dari timur dengan terbenam matahari iaitu fenomena yang dapat dilihat. 

Kegelapan bermula di timur sebaik sahaja cahaya matahari menghilang di ufuk. Ini menunjukkan hubungan jelas peralihan siang ke malam, di mana hilangnya cahaya matahari menandakan permulaan malam. 

Adapun perbuatan menunda berbuka puasa sehingga hampir masuk waktu Isyak iaitu selepas cahaya merah di ufuk timur hilang sepenuhnya, hal ini menurut al-Tibi terdapat penyimpangan daripada amalan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani). 

Mereka melambatkan waktu berbuka sehingga bintang-bintang jelas kelihatan. Kemudian, amalan ini menjadi suatu ciri bagi golongan ahli bidaah dalam agama kita. Inilah perbuatan yang tidak disukai oleh Rasulullah SAW.

Selain itu, Ibn Hajar menukilkan pendapat Ibn Daqiq yang menolak amalan Syiah yang menunda waktu berbuka puasa hingga munculnya bintang-bintang. 

Mungkin inilah antara sebabnya mengapa terdapat kebaikan dalam menyegerakan berbuka puasa kerana mereka yang melambatkannya terlibat dalam perbuatan yang bertentangan dengan sunah.

Begitu juga menurut al-Bujairimi, menunda waktu berbuka puasa sehingga muncul bintang-bintang yang menandakan malam telah gelap adalah amalan yang menyerupai golongan Yahudi, Nasrani dan pengamal bidaah termasuk Syiah.

 Justeru, sunat untuk menyegerakan berbuka puasa setelah dipastikan bahawa matahari telah terbenam.

Kesimpulannya, menyegerakan berbuka puasa selepas terbenamnya matahari adalah amalan yang selaras dengan sunah.

Salah faham tentang waktu berbuka puasa kerana terdapat pengaruh budaya atau amalan lain seperti amalan golongan Yahudi, Nasrani dan pengamal bidaah termasuk Syiah yang tidak sesuai dengan syariat Islam.

Mana-mana orang hendaklah menjauhi ajaran dan amalan Syiah dan dilarang daripada berpegang, mempercayai atau mengamalkannya. 

Mana-mana orang yang berpegang, mempercayai atau mengamalkan ajaran dan amalan Syiah hendaklah bertaubat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN