fbpx

Calon Presiden Perancis janji saman wanita Islam bertudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Le Pen (kiri) berjanji akan mengenakan saman kepada wanita Islam bertudung di tempat awam sama seperti kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar. - Straits Times

PARIS – Calon pilihan raya Presiden Perancis, Marine Le Pen berjanji akan melaksanakan peraturan menyaman wanita beragama Islam yang memakai tudung i tempat awam sekiranya beliau dipilih, lapor akhbar Mail Online kelmarin.

Le Pen mengumumkan manifesto terbaharunya itu tiga hari menjelang pilihan raya Presiden diadakan.

Media tempatan melaporkan bahawa jaminan saman terhadap  wanita berhijab itu telah membantu Le Pen mengakhiri jurang sokongan antara beliau dan Presiden Emmanuel Macron, yang sebelum ini mendahului dalam tinjauan pendapat.

Menurut wanita berusia 53 tahun itu, beliau yakin mempunyai peluang besar dan terbaik untuk menewaskan Macron dalam pusingan kedua pilihan raya itu pada 24 April ini.

Le Pen berkata, larangan memakai tudung di semua tempat awam akan dikuatkuasakan oleh polis dengan cara yang sama seperti memakai tali pinggang keledar di dalam kereta.

“Mereka yang bertudung di tempat awam akan dikenakan denda dengan cara yang sama seperti kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Saya yakin polis sangat mampu untuk menguatkuasakan langkah ini,” katanya.

Le Pen berkata,  beliau akan menggunakan pungutan suara bagi mengelak cadangan tersebut disifatkan bertentangan dengan dasar perlembagaan negara yang tidak menyokong diskriminasi dan pelanggaran kebebasan peribadi.

Undang-undang semasa Perancis melarang peletakan simbol agama yang jelas di sekolah manakala pemakaian penutup muka penuh di khalayak ramai dibenarkan atas dasar ia terpakai kepada semua rakyat dan dalam tetapan tertentu.

Tinjauan baru-baru ini mendapati majoriti kecil rakyat Perancis (51 peratus) mendapati Le Pen membimbangkan, manakala 39 peratus menganggap beliau mempunyai perwatakan seorang Presiden, jumlah itu meningkat berbanding 21 peratus pada 2017. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI