fbpx
Daging kerbau sejuk beku tanpa pamerkan logo halal yang dirampas Maqis Selangor.

Tidak serik bawa daging kerbau tanpa pamer logo halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Sebuah syarikat pengimport dan pengedaran produk makanan nyata tidak serik apabila sekali lagi membawa masuk daging kerbau sejuk beku dari India yang tidak mempamerkan logo halal dalam bungkusan kotak di Pelabuhan Barat di sini.

Dalam kejadian terbaharu pukul 10 pagi, Isnin lalu berjaya merampas 1,120 karton daging kerbau yang seberat 28 tan dianggarkan RM322,565.88.

Kesalahan pertama dilakukan syarikat beroperasi di Selangor itu adalah pada 26 Februari lalu melibatkan 24 tan jenis daging sama.

Maqis Selangor berkata, kesemua daging itu dikesan pihaknya menerusi rutin pemeriksaan terhadap sebuah kontena yang telah berada di pelabuhan itu sejak 7 Mac lalu.

Katanya, syarikat berkenaan yang beroperasi di Selangor gagal mempamerkan logo halal di dalam kotak dagangan seperti dinyatakan dalam syarat permit import yang diluluskan.

“Berikutan itu, kesemua daging kerbau sejuk beku sebanyak 1,120 karton dianggarkan bernilai RM322,565.88 ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Maqis Selangor menambah, sekiranya disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya sekali. -KOSMO!ONLINE

POPULAR