fbpx

Lari tinggal kereta bawa 380 kotak mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenis Proton Waja yang membawa 380 kotak mercun ditahan di Kampung Tasek Barangan, Pasir Mas hari ini. /FOTO IHSAN POLIS

PASIR MAS – Seorang lelaki nekad meninggalkan kereta dipandunya yang membawa sebanyak 380 kotak mercun seludup di tepi jalan Kampung Tasek Berangan di sini selepas dikejar anggota polis pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, polis terpaksa mengejar suspek sejauh dua kilometer dari simpang tiga Kampung Jejawi menghala ke Kampung Repek di sini selepas suspek enggan memberhentikan kereta jenis Proton Waja dipandunya.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, anggota polis melihat sebuah kereta berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa menjalankan rondaan kira-kira pukul 7.55 pagi.

Menurutnya, anggota polis telah mengarahkan pemandu kereta itu untuk berhenti namun, dia telah bertindak memecut laju dan cuba melarikan diri.

“Semasa tiba di Kampung Tasek Berangan, lelaki itu berhenti dan keluar dari kereta dipandunya sebelum melarikan diri ke dalam semak berhampiran.

“Pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu telah menjumpai sebanyak 380 kotak berisi mercun dipercayai diseludup dari Thailand,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohd. Nasaruddin berkata, kesemua mercun dan kereta tersebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI