fbpx

Kontena Nasional tambah 30 lori baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada unit Volvo FM440 6x2 T RAS yang telah diterima Kontena Nasional.

PETALING JAYA – Anak syarikat milik penuh MMC Corporation Berhad, Kontena Nasional Berhad (Kontena Nasional) telah membeli 30 unit lori kontena Volvo FM440 6×2 T RAS daripada Volvo Trucks Malaysia.

20 unit pertama telah dihantar, manakala baki unit dijangka tiba pada akhir April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kontena Nasional, Nik Muzani Nik Abd. Aziz berkata, lori baharu berkenaan merupakan sebahagian daripada rancangan pengembangan perniagaan syarikat, ke arah mencapai kecemerlangan logistik dan menyampaikan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan.

“Ia juga akan menyokong ketersediaan armada kami untuk jangkauan pasaran baharu dan yang lebih besar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sejak penubuhannya pada 1971, Kontena Nasional telah mengembangkan perniagaannya meliputi penghantaran kargo antarabangsa, pergudangan, pengedaran, penyelesaian rantaian bekalan dan halal dan logistik. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI