fbpx

Harga ayam mahal: Tindakan tegas batal lesen pemborong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan-FOTO/FAUZI BAHARUDIN

PUTRAJAYA – Pemborong ayam bakal berdepan tindakan pembatalan lesen jika didapati sengaja menjual bahan mentah itu melebihi had yang ditetapkan bawah RM8.

Peringatan itu disuarakan Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam susulan ada kes harga runcit ayam dijual amat tinggi.

“Saya sudahpun mengarahkan siasatan segera dibuat kerana jika peruncit mendakwa harga mahal disebabkan kos borong, kita akan semak balik dengan pihak pemborong.

“Sekiranya didapati ada yang masih berdegil, tindakan tegas termasuk dibatalkan lesen pemborong boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian,” jelasnya.

Azman bercakap pada sidang akhbar sempena sambutan jubli emas ulang tahun ke-50 hari penguat kuasa KPDNHEP 2022 di Putrajaya hari ini. – Foto FAISOL MUSTAFA

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bersempena dengan persiapan sambutan Jubli Emas Ulang Tahun Ke-50 Penguat Kuasa kementerian berkenaan, di sini hari ini.

Akhbar baru-baru ini melaporkan lonjakan harga runcit ayam di pasar awam beberapa negeri menyebabkan peniaga bazar Ramadan terpaksa menaikkan harga makanan berasaskan ayam.

Peruncit pula mendakwa kenaikan itu terpaksa dilakukan kerana mereka tiada pilihan apabila membeli ayam mentah juga pada harga tinggi yang ditetapkan pihak pemborong.

Harga ayam dikawal oleh kementerian menerusi Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia sehingga 5 Jun depan selepas kerajaan memperkenalkan pemberian subsidi khas lebih RM500 juta kepada 2,604 ladang ternakan ayam pedaging. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI