fbpx

Dugaan berniaga awal Ramadan, air tumpah, balang pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan seorang lelaki memaparkan situasi ketika kesemua air balang yang dijualnya tertumpah

PETALING JAYA – Sebagai seorang peniaga bazar Ramadan, berhadapan dengan pelbagai risiko merupakan asam garam dalam perniagaan.

Ada kalanya setiap menu yang dijual habis dibeli dan ada pula peniaga terpaksa menanggung kos kerugian apabila jualan tidak laku atau rosak.

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang peniaga yang dikenali sebagai Adam di mana ketabahannya diuji pada hari pertama berniaga apabila kesemua air balang yang dijualnya tertumpah.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, lelaki terbabit berkongsi kejadian yang memaparkan balang airnya pecah akibat terjatuh sewaktu mejanya patah secara tiba-tiba.

Jelasnya, barang-barang niaganya habis rosak namun dia masih bersangka baik dengan setiap aturan yang ditetapkan oleh Allah SWT.

“Dugaan berniaga hari pertama Ramadan, habis barang berniaga rosak,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dilihat memberikan kata-kata semangat kepada lelaki tersebut di ruangan komen.

“Ya Allah, semoga Allah limpahi rahmat dan kesejahteraan serta luaskan rezeki buat adik sekeluarga,” ujar @Katymj3.

“Mungkin silap pasang meja, ujian hari pertama Ramadan, tak apa, ada lagi 28 hari lagi nak berniaga, insya-Allah, Allah bagi rezeki lagu banyak lepas ini,” pesan Izzat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI