fbpx

Polis Kelantan pantau jualan mercun tanpa permit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kanan) memakaikan pangkat kepada salah seorang pegawai tertinggi polis di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis Kelantan menubuhkan pasukan khas yang akan memantau penjualan mercun dan bunga api tanpa permit jualan di semua bazar Ramadan di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, berkata, setakat ini, hanya beberapa jenis kategori mercun dan bunga api yang diluluskan permit untuk jualan di negara ini antaranya bunga api jenis ‘pop-pop’.

Menurutnya, sehubungan itu, semua ketua polis daerah telah diarahkan untuk meningkatkan pemantauan terutamanya di sempadan negara bagi mengelak kegiatan menyeludup mercun dan bunga api.

“Peniaga tahu jenis bunga api atau kategori mercun yang dibenarkan untuk dijual kepada orang ramai khususnya kanak- kanak.

“Bagaimanapun, mereka tetap jual mercun yang tidak dibenarkan secara sembunyi-sembunyi. Harus diingat, pihak polis ada kaedah untuk menangani jualan mercun yang tidak mendapat permit itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat Pegawai Kanan Polis Peringkat Kontijen Kelantan dan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Cawangan Khas, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan Ketua Jabatan Logistik Kontinjen Kelantan di Dewan Tun Salleh, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 19 pegawai kanan polis dinaikkan pangkat daripada Superintendan kepada Asisten Komisioner dan Deputi Superintendan kepada Superintendan.

Mengulas lanjut, Shafien berkata pemantauan penjualan mercun secara dalam talian yang didalangi sindiket turut dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI