fbpx

Lelaki Bangladesh kurang siuman ditangkap ceroboh tadika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki Bangladesh yang menceroboh masuk sebuah tadika di Telok Panglima Garang, Kuala Langat.

KUALA LANGAT – Seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai tidak siuman diberkas semalam selepas menceroboh masuk sebuah tadika di Telok Panglima Garang, di sini baru-baru ini.

Penahanan suspek berusia 23 tahun yang tidak bekerja itu dilakukan pukul 10.30 malam di sekitar Taman Pahlawan Telok Panglima Garang.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan daripada guru wanita tadika berusia 38 tahun berhubung kejadian tersebut pada 7.50 pagi, Jumaat lalu.

Katanya, berdasarkan siasatan mendapati seorang lelaki warga asing telah menceroboh masuk ke dalam tadika dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya.

Guru tadika pada awalnya memaklumkan ibu bapa tidak dibenarkan masuk.

“Suspek bagaimanapun telah bertindak merampas topi keledar pelajar yang dipegang oleh guru, seterusnya meluru masuk ke dalam kelas.

“Beberapa bapa kepada anak-anak di tadika tersebut yang menyedari kejadian itu telah bertindak menangkap suspek. Namun melepaskan kembali selepas menyedari suspek tidak siuman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan menambah, hasil siasatan mendapati suspek tidak mengeluarkan kata-kata ugutan dan tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa.

Jelasnya, pihak tadika juga tidak menerima pelajar warga asing.

“Suspek tersebut gagal memberikan dokumen pengenalan diri kepada pihak polis semasa tangkapan dilakukan,” katanya,

Ujarnya, hasil soal siasat awal mendapati suspek disyaki mempunyai masalah kesihatan mental dan kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, insiden kejadian itu tular menerusi sebuah video berdurasi satu minit di laman Facebook. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI