fbpx

JAS Selangor kutip kompaun RM1.23juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JAS Selangor memeriksa kilang pembuatan aluminium di Kuala Selangor hujung Mac lalu.

SHAH ALAM – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor mencatatkan jumlah kutipan kompaun atas pelbagai kesalahan mencecah RM1.23juta pada suku pertama (Januari hingga Mac) tahun ini.

Pengarahnya, Nor Aziah Jaafar berkata, jumlah itu meningkat berbanding hanya RM362,000 bagi tempoh yang sama bagi tahun 2021.

“Kita telah melaksanakan 793 pemeriksaan premis dengan 619 kompaun dikenakan pada suku pertama ini berbanding hanya 181 kompaun daripada 594 premis diperiksa dalam tempoh sama tahun lalu.

“Sasaran kita adalah meningkatkan pematuhan ke atas 10 sektor industri pada tahun ini meliputi industri penyudahan logam dan sadur elektrik, kertas, pengilangan logam, plastik, galian bukan logam, penapisan minyak makan, makanan dan minuman, industri kimia, berasaskan getah dan penapisan petroleum,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, pihaknya turut menjalankan Ops Gempur terhadap industri yang berpotensi tinggi menyebabkan pencemaran terutamanya yang terletak di hulu takat pengambilan dan juga premis yang kerap diadukan.

Ujarnya, sebanyak 66 notis arahan telah dikeluarkan berbanding 51 terhadap industri terlibat itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI